Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 31 Briged bantu hantar barang keperluan ke pusat kuarantin Kolej Laila Taib

31 Briged bantu hantar barang keperluan ke pusat kuarantin Kolej Laila Taib

by Nurulhuda

SIBU, 21 Apr – Seramai 13 anggota termasuk seorang pegawai dari Briged ke-31 Infantri Malaysia (31 Briged) telah terlibat dalam membantu proses penghantaran katil dan tilam kepada Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu di Pusat Kuarantin Kolej Laila Taib, semalam.

Pihak 31 Briged dalam hantaran di media sosialnya berkata, katil dan tilam ini merupakan sumbangan oleh Yasamas Sdn Bhd yang juga merupakan pengusaha Kem Junaco kepada Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu bagi membantu masalah kekurangan katil dan tilam di pusat kuarantin tersebut.

“31 Briged telah dipertanggungjawabkan untuk membantu proses penghantaran sumbangan tersebut dari Kem Junaco ke pusat kuarantin yang telah ditetapkan,

“Sebanyak 3 buah kenderaan jenis 3 tan telah diaturgerak bagi membantu proses penghantaran katil dan tilam tersebut,” tambahnya.

Pusat Kuarantin Kolej Laila Taib, Sibu telah mula beroperasi sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) sejak 1 Februari lalu bagi menampung pesakit COVID-19 yang tidak mengalami sebarang simptom. –airtimes.my

Galeri gambar:

 

 

Related Articles

Leave a Reply