Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Pemangku Raja Pahang tamat Kursus Asas Sniper Siri Khas

Pemangku Raja Pahang tamat Kursus Asas Sniper Siri Khas

by Nurulhuda

MELAKA, 8 Apr – Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah, telah berkenan berangkat ke Majlis Penutup Kursus Asas Sniper (Siri Khas), semalam.

Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam hantaran di media sosial rasminya berkata, majlis pemakaian lencana sniper dan penyampaian Sijil Kursus Asas Sniper kepada Tengku Hasanal telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain di Lapangsasar 600 Meter, Kem Terendak, Melaka.

“Tengku Hasanal telah menghadiri Kursus Asas Sniper selama 4 minggu bermula 15 Mac hingga 7 April 2021, bertempat di Pusat Latihan Peperangan Khusus Tentera Darat (PULPAK), Kem Sungai Udang,

“Kursus ini terbahagi kepada 3 fasa meliputi kelas teori, latihan menembak di lapangsasar serta latihan dan ujian aplikasi medan,” katanya.

Sempena majlis penutup kursus ini, Tengku Hasanal turut berkenan untuk mempamerkan kemahiran dalam melepaskan tembakan tepat ke arah sasaran di pelbagai jarak.

Turut hadir, Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Nazari Abd Hadi dan Panglima 21 Gerup Gerak Khas (GGK), Mejar Jeneral Datuk Jamaluddin Jambi. –airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply