[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=cy_NtMtmas8[/embedyt]
MERSING, 1 Ogos β Rejimen Gerak Khas (RGK) kini dalam perancangan untuk mewujudkan Tim Anti Sniper bagi meningkatkan pembangunan keupayaan dan kelengkapan warganya.
Pengerusi Rejimen Gerak Khas, Mejar Jeneral Adi Ridzwan Abdullah berkata, peruntukan bagi perolehan peralatan tim ini akan ditaja melalui program Foreign Military Sales (FMS).
Beliau menjelaskan, pihaknya telah membuat perolehan sebanyak 12 laras senjata sniper 7.62mm semi auto dan 14 laras senjata sniper 7.62mm bold action bagi meningkatkan keupayaan RGK di dalam pelaksanaan operasi sniper.
Ujarnya, terdapat pelbagai inisiatif yang telah, sedang dan akan dilaksanakan bagi meningkatkan pembangunan keupayaan serta kelengkapan RGK.
βPerancangan pembangunan keupayaan dan kelengkapan RGK perlu berlandaskan keperluan, aplikasi doktrin, perlaksanaan latihan serta kompetensi sumber manusia.
βPerancangan pembangunan berkenaan menjadi keutaman RGK bagi memastikan rejimen ini mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh pemerintahan tertinggi,β jelasnya ketika menyampaikan Perutusan Sempena Hari Ulang Tahun sempena Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas ke- 58 di Padang Kawad Markas 21 Gerup Gerak Khas, Kem Iskandar Mersing, hari ini.

Pengerusi Rejimen Gerak Khas, Mejar Jeneral Adi Ridzwan Abdullah ketika menyampaikan Perutusan Sempena Hari Ulang Tahun sempena Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas ke- 58 di Padang Kawad Markas 21 Gerup Gerak Khas, Kem Iskandar Mersing, hari ini.
Bagi inisiatif kedua pula, Adi yang juga Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21GGK) menambah, ia adalah bagi meningkatkan keupayaan Gerak Khas dalam operasi lawan keganasan.
βPada tahun ini RGK telah membuat perolehan sebanyak 55 set Personel Integrated Protection System (Pips) dan 155 laras Small Machine Gun (SMG) 9mm,
βRGK juga sedang dalam membangunkan spesifikasi bagi perolehan 2 buah Command Vehicle Lengkap bersama Sniper Control System bagi meningkat keupayaan command and control (C2) dan ISRT bagi operasi lawan keganasan,
βPerolehan Command Vehicle ini akan dimasukan di dalam rancangan Rolling Plan ke-4 (RP 4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12),β tambahnya lagi.
Selain itu, beliau berkata, inisiatif ketiga adalah dalam meningkatkan keupayaan bagi melaksanakan operasi udara Gerak Khas.
Jelasnya, RGK telah membuat perolehan dan penerimaan terhadap sebuah sistem Parachut High Altitude Oxygen System, 528 buah Paracut Statik dan 124 buah Paracut Terjun Bebas.
βRancangan hadapan RGK dalam meningkatkan keupayaan dalam pelaksanaan operasi Udara Gerak Khas ini adalah untuk membuat perolehan Paracut Tandem, Operational Paracute Navigation Sistem dan Phaos,β katanya lagi.
Sementara itu, bagi inisiatif keempat iaitu meningkatkan keupayaan rejimen gerak khas dalam pelaksanaan operasi Amfibi Gerak Khasterdapat banyak perolehan aset kelengkapan perairan telah terima oleh RGK beberapa tahun kebelakangan ini.
βRGK juga akan membuat perolehan peralatan dan aset perairan lebih kurang bernilai 10 juta di bawah program HADR dalam masa yang terdekat,
βRGK juga dalam usaha sama dengan Markas Pemerintahan Logistik Tentera Darat (MPLTD) bagi mewujudkan kontrak senggaraan bot dan OBM bagi memastikan kesiagaan mobiliti perairan sentiasa berada di tahap yang tinggi,β ujarnya lagi.
Dalam masa yang sama, beliau turut menyeru kepada semua warga RGK untuk mengukuhkan kesatuan dan perpaduan agar dapat membentuk satu kekuatan serta menjadikan Rejimen ini sebuah ketumbuhan yang digeruni lawan dan disegani kawan.
Terdahulu, seramai 61 pegawai dan 440 anggota yang diketuai oleh Kol Razak Akob telah terlibat dalam perbarisan Hari Ulang Tahun Gerak Khas yang Ke-58.
Turut hadir, Ketua Staf Am Markas 21 GGK, Brigedier Jeneral Ahmad Shuhaimi Mat Wajab dan Pengarah Gerak Khas, Brigedier Jeneral Mohd Fauzi Sulaiman.-airtimes.my
Galeri gambar: