Home Pertahanan dan Keselamatan Eksesais BRAVO uji kepakaran khusus 10 Briged PARA dan 21 GGK

Eksesais BRAVO uji kepakaran khusus 10 Briged PARA dan 21 GGK

by Air Times News Network

MELAKA, 19 Mac – Eksesais BRAVO 210 siri 2/2022 menguji kepakaran khusus pasukan trup Tentera Darat Malaysia (TDM) di antara formasi 10 Briged (PARA) dan 21 Grup Gerakhas (GGK) pada 6 hingga 17 Mac lalu.

Kompeni Pandu Udara (PANDURA) (Para) berkata, eksesais ini merupakan latihan gabungan secara tahunan di antara formasi 10 Briged (Para) dan 21 GGK dalam menilai prosedur tetap (PROTAP) yang telah dilaksanakan di sekitar Melaka, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Johor.

Penutup Eksesais BRAVO telah disempurnakan Panglima 10 Briged (Para), Brigedier Jeneral Khairul Azmizal Ahmad Natal dan turut dihadiri Panglima 21 GGK, Mejar Jeneral Nubli Hashim, bertempat di Lapang Sasar 600 Meter, Kem Terendak pada 17 Mac lalu.

Majlis penutup ini telah melibatkan melibatkan 16 pegawai dan 191 anggota.

“Konsep eksesais ini dilaksanakan adalah Latihan Silang atau 𝘊𝘳𝘰𝘴𝘴 𝘛𝘳𝘢𝘪𝘯𝘪𝘯𝘨 𝘌𝘹𝘦𝘳𝘤𝘪𝘴𝘦 dengan memfokuskan kepada pengetahuan dan kemahiran serta kepakaran Sniper, Terjun Bebas – 𝘏𝘪𝘨𝘩 𝘈𝘭𝘵𝘪𝘵𝘶𝘥𝘦 𝘏𝘪𝘨𝘩 𝘖𝘱𝘦𝘯𝘪𝘯𝘨 (HAHO), PANDURA dan Hantaran Udara,

“Secara keseluruhannya, eksesais ini merangkumi 2 fasa iaitu fasa 1 iaitu penyesuaian dan ulangkaji (𝘳𝘦𝘧𝘳𝘦𝘴𝘩𝘦𝘳). Manakala fasa 2 adalah latihan medan,” katanya.

Katanya, fasa 1 tertumpu di sekitar kawasan am negeri Melaka mulai 6 hingga 9 Mac 2022. Seterusnya Fasa 2 mulai 10 hingga 16 Mac 2022, di mana semua kumpulan telah diaturgerakkan bagi pelaksanaan latihan medan di sekitar kawasan am negeri Johor, Pahang, Kelantan dan Negeri Sembilan.

“Signifikasi kepada eksesais ini adalah acara penutup yang telah dilaksanakan di Lapang Sasar 600 meter, Kem Terendak dan melibatkan latihan menembak sniper serta taklimat 𝘈𝘧𝘵𝘦𝘳 𝘈𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘙𝘦𝘷𝘪𝘦𝘸 (AAR) oleh tim evaluasi yang dilantik,

“Secara keseluruhannya, eksesais ini telah membuktikan Trup TDM sentiasa berusaha dalam mengekalkan  tahap kesiagaan yang tinggi dan bertepatan dengan hasrat Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD iaitu kelangsungan misi dan kesiagaan,” jelasnya.

Pada tahun 2022, eksesais ini telah dipertanggungjawabkan kepada formasi 10 Briged (Para), manakala Kompeni PANDURA (Para) telah dilantik sebagai pasukan penganjur. – airtimes.my

Galeri Gambar:

Related Articles

Leave a Reply