Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat ATM pasang kawat duri kawal pergerakan 2 kampung di Sabah

ATM pasang kawat duri kawal pergerakan 2 kampung di Sabah

by Nurulhuda

Sabah, 7 Apr – Seramai 2 orang pegawai dan 10 anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dari Rejimen 507 Askar Wataniah (Rej 507 AW) telah diaturgerak membantu Agensi Pengurusan Bencana Negeri Sabah bagi memasang kawat duri di Kampung Pagalungan Ansip, Keningau dan Kampung Kalindukan, Nabawan, Sabah semalam.

Pemasangan kawat duri tersebut adalah berikutan keputusan kerajaan yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 5 April sehingga 18 April 2021 berikutan kes jangkitan COVID-19 di lokaliti berkenaan.

Markas Lima Divisyen Infantri Malaysia (5 Div) dalam hantaran di media sosial rasminya berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bersedia agensi-agensi lain bagi melaksanakan kawalan dan pemerhatian ke atas kawasan tempat jangkitan bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan berlaku peningkatan kes COVID-19 secara mendadak dengan kadar kebolehjangkitan tinggi di lokaliti berkenaan.

“Pelaksanaan PKPD ini adalah untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk yang terlibat dan seterusnya menghalang penularan dalam komuniti,” katanya. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply