Home Pertahanan dan Keselamatan Tekong, 2 pembantu dan 6 PATI tumpas

Tekong, 2 pembantu dan 6 PATI tumpas

by Air Times News Network

PONTIAN, 7 Apr – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, Kukup dan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian berjaya menggagalkan cubaan seorang tekong bot dan 2 pembantu untuk membawa masuk Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke negara ini, semalam.

Pasukan Polis Marin Wilayah Dua dalam hantaran di media sosial rasminya berkata, operasi secara intergrated bersama Bahagian Siasatan Jenayah IPD Pontian dan anggota Balai Polis Permas telah menjalankan serbuan pada Isnin lalu, jam 5 pagi di persisir pantai Sungai Kuali, Permas Pontian.

Komander PPM Wilayah Dua, ACP Muhd Zailani Abdullah berkata, hasil serbuan pihaknya turut berjaya menahan 6 orang PATI serta merampas sebuah bot pancung kayu dan dua unit enjin bot 40 kuasa kuda.

“Tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD Pontian, Johor untuk proses siasatan lanjut,

“Tekong dan 2 pembantu akan ditahan dibawah Sek. 4(5) SOSMA manakala PATI ditahan dibawah Sek. 51(5)(b) Akta Imigresen untuk siasatan lanjut,” ujarnya.

Sementara itu, pihaknya menyeru masyarakat untuk bekerjasama menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa terutamanya PPM Wilayah Dua bagi membenteras sebarang bentuk jenayah terutamanya melibatkan keselamatan dan ketenteraman awam masyarakat maritim. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply