Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tempur Tanpa Senjata jadi pemangkin disiplin anggota tentera

Tempur Tanpa Senjata jadi pemangkin disiplin anggota tentera

by Air Times News Network

IPOH, 27 Feb – Kursus Asas Tempur Tanpa Senjata (TTS) menjadi pemangkin kepada pembentukan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang berdisiplin dan berpengetahuan.

Pegawai Memerintah Rejimen Kedua Renjer Diraja (2 RRD), Leftenan Kolonel Firdaus Shah Budin berkata, kursus ini juga dapat mempamerkan tahap ketahanan diri yang tinggi bagi anggota tentera.

Kursus Asas TTS Decentralized Siri 6/2021 kali ini telah melibatkan seramai 58 penuntut kursus dan 10 Jurulatih serta majlis penutup kursus ini telah diadakan di Gelanggang Tempur Wira, semalam.

TDM berkata kursus ini telah bermula pada 28 Dis 2020 disertai oleh anggota-anggota pelbagai kor dari unit-unit di bawah naungan Briged Kedua Infantri Malaysia (2 Bgd) yang diselaraskan oleh Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja (PULAPOT).

Pada kursus siri ini, Lans Koperal Abdul Hakim Ab Rahman dari Rejimen Ke-23 Askar Melayu Diraja (23 RAMD) telah dipilih sebagai Penuntut Terbaik.

“Penuntut Jasmani Terbaik disandang oleh Renjer Muhammad Akmal Faqih dari Rejimen Kesembilan Renjer Diraja (9 RRD) dan Penuntut Persembahan Terbaik disandang oleh Renjer Jeffery Nangoi yang juga dari 9 RRD,

“Manakala Penuntut Ketabahan Terbaik disandang oleh Lans Koperal Handly Minggu dari 2 RRD,” ujarnya. – airtimes.my

Gambar galeri:

 

Related Articles

Leave a Reply