Home SemasaGlobal Vaksinasi COVID-19: PBB gesa gencatan senjata di zon konflik

Vaksinasi COVID-19: PBB gesa gencatan senjata di zon konflik

by Air Times News Network

NEW YORK, 27 Feb – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar semua negara yang terlibat dalam konflik bersenjata agar berhenti sementara untuk membolehkan program vaksinasi COVID-19 dilaksanakan.

Majlis yang dianggotai oleh 15 pihak terlibat itu sebulat suara menerima resolusi yang telah dirangka oleh Britain minggu lalu, iaitu menuntut akses yang adil di seluruh dunia untuk mendapatkan bekalan vaksin COVID-19.

Ianya dilihat sebagai tanda kerjasama PBB di antara China dan Amerika Syarikat (AS) di bawah pentadbiran Joe Biden.

Tahun lalu, Majlis Keselamatan PBB telah mengambil masa selama beberapa bulan bagi mendapat kesepakatan untuk meminta gencatan senjata pandemik akibat krisis di antara Beijing dan pemerintahan bekas Presiden Donald Trump.

Duta Besar PBB Britain, Barbara Woodward mengatakan resolusi yang dipersetujui itu akan membantu kira-kira 160 juta orang menerima vaksin di zon yang dilanda krisis atau terkesan akibat konflik.

“Jelas, situasi ini memerlukan rundingan lebih lanjut di peringkat negara dan zon yang berkonflik,” ujarnya.

Menerusi resolusi itu, Majlis Keselematan PBB turut menyatakan hasrat untuk meninjau situasi tertentu yang dibangkitkan oleh Setiausaha Agong PBB, Antonio Guterres yang turut menggesa negara-negara maju menyumbangkan dos vaksin kepada negara-negara berpendapatan rendah dan negara-negara lain yang memerlukan melalui kemudahan perkongsian vaksin antarabangsa (COVAX). – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply