Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: 17 PATI, 4 tekong ditahan – Ismail Sabri

Op Benteng: 17 PATI, 4 tekong ditahan – Ismail Sabri

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 23 Feb – Seramai 17 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) bersama 4 tekong berjaya ditahan menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) diseluruh negara, semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dalam operasi bersepadu itu turut merampas 11 buah kenderaan darat.

“Pihak berkuasa turut mengesan 34 buah bot dan kapal di perairan negara 4 aktiviti penglihatan dalam operasi itu,” katanya dalam kenyataan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Sementara itu, pasukan Task Force Operasi Pematuhan PDRM pula telah menahan 321 individu atas kesalahan ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP), semalam.

“Daripada jumlah itu, 286 telah dikompaun manakala 29 direman dan 6 dijamin,

“Antara kesalahan ingkar SOP termasuk tidak memakai pelitup muka (75); gagal menyediakan peralatan dan merekod butiran diri atau pelanggan (65); rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran (55); tiada penjarakan fizikal (49); aktiviti pusat hiburan (30); lain-lain (47),”ujarnya.

Op Benteng Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi keselamatan lain turut menjalankan 508 sekatan jalan raya (SJR) semalam.

“Op Penawar yang melibatkan ATM, PDRM dan RELA sebanyak 453 SJR, Op Benteng PDRM (46 SJR) dan Op Benteng AKSEM (9 SJR),” katanya.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply