Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 26,500 anggota Tentera Darat terima vaksin COVID-19 pertama

26,500 anggota Tentera Darat terima vaksin COVID-19 pertama

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=c1zZOPEgndI[/embedyt]

 

PORT DICKSON, 20 Feb – Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain berkata, seramai 26,500 anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) akan menerima vaksin COVID-19 yang pertama dalam Prorgam Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di seluruh negara.

Beliau berkata, vaksin berkenaan akan diberikan terutama kepada mereka yang bertugas di dalam kawasan yang diklasifikasikan sebagai zon merah.

“TDM akan mengutamakan mereka yang bertugas sebagai barisan hadapan dan apabila dibuat pengiraan, seramai 26,500 akan mendapat vaksinasi di peringkat pertama dan fokus kepada mereka (anggota TDM) yang beroperasi di kawasan zon merah,

“Saya serahkan kepada pihak teknikal bahagian kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mendefinasikan mereka yang dalam zon merah ini namun jumlahnya kira-kira 26,500 anggota terlibat. Jika setiap mereka mendapat dua dos, kita akan diberi sebanyak lebih 52,000 dos untuk melaksanakannya,

“Dengan kerjasama semua pihak, saya harap mereka yang bertugas di barisan hadapan ini yang dikatakan sebagai zon merah dapat vaksin secapat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 192/20 dan Wanita Siri 46/20 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA,) pagi tadi.

Zamrose turut menjelaskan, pihaknya kini bersiap sedia sekiranya diperlukan dalam membantu menjaga keselamatan vaksin COVID-19 sebaik sahaja ia tiba di negara termasuk di pusat-pusat simpanan vaksin berkenaan di seluruh negara.

“Tapi dalam peringkat pertama ini, anggota polis yang menerima dan akan menghantar vaksin-vaksin ke kawasan-kawasan simpanan, anggota tentera tidak terlibat tetapi semua dalam keadaan siap sedia sahaja, sekiranya diperlukan baru diaturgerakkan,” tambahnya.

Penerima vaksin COVID-19 akan diberi keutamaan kepada mereka yang bertugas di dalam kawasan zon merah. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply