KOTA KINABALU, 29 Jan – Tentera Darat Malaysia (TDM) melaksanakan Projek Jiwa Murni (PJM) membaik pulih rumah anggota tentera di Kampung Beringgis, Papar mulai 21 Jan lepas.
Markas Lima Divisyen (5 Div) dalam hantaran di media sosialnya berkata, Skuadron Kelima Rejimen Askar Jurutera Diraja (5 Skn RAJD) telah ditugaskan untuk membaiki rumah Lans Koperal Shah Rizal Ahmad dari Rejimen 507 Askar Wataniah yang daif dan perlu dibaiki segera.
“Satu Seksyen Trup Medan di ketuai Sarjan Mohd Nurrazeman Anuar telah di aturgerak pada 21 Januari lalu,
“Kerja-kerja membaik pulih rumah tersebut adalah membaiki lantai, dinding, bumbung, membina tandas, ruang tamu, bilik dan mengecat yang dijangka siap pada 4 Februari ini,” katanya. – airtimes.my