Home SemasaGlobal 647 petugas kesihatan Indonesia maut akibat COVID-19

647 petugas kesihatan Indonesia maut akibat COVID-19

by Nor Azlan Mohd Nor

JAKARTA, 29 Jan – Sekurang-kurangnya 647 petugas kesihatan Indonesia telah maut akibat jangkitan COVID-19 sejak ianya dikesan di negara itu awal bulan Mac tahun lalu.

Menurut Ketua Pasukan Persatuan Perubatan Indonesia, Adib Khumaidi, jumlah itu terdiri daripada 289 doktor, 221 jururawat, 84 bidan, 27 doktor gigi, 15 kakitangan makmal perubatan dan 11 ahli farmasi.

“Kadar kematian petugas kesihatan di negara ini adalah yang tertinggi di Asia, dan antara tiga teratas dunia berdasarkan statistik ujian dan populasi,

“Dari Disember 2020 hingga Januari, kami mencatatkan 53 kematian.” katanya.

Negara itu akan memulakan proses vaksinasi COVID-19 secara besar-besaran bermula pada pertengahan Febuari, manakala bagi petugas sektor kesihatan bermula pada 13 Januari.

Setakat ini Indonesia telah meluluskan penggunaan vaksin CoronaVac dari syarikat Sinovac China.

Sementara itu perjanjian untuk membeli vaksin Oxford-AstraZeneca dan Novavax juga telah mencapai kata muktamad oleh pihak kerajaan Indonesia, dan pada masa yang sama perolehan vaksin Pfizer-BioNTech masih dalam rundingan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply