Home Semasa Warganegara Myanmar ditangkap gagal patuhi SOP

Warganegara Myanmar ditangkap gagal patuhi SOP

by Azura Daril

LANGKAWI, 27 Dis – Seorang warganegara Myanmar ditangkap oleh pasukan Polis Langkawi bersama Pegawai Kesihatan Daerah Langkawi kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam.

Operasi yang dilaksanakan secara bersama itu telah diadakan di Pantai Chenang bermula jam 9.30 malam hingga 11.30 malam yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Langkawi, YDH ACP Shariman bin Ashari.

“Seorang warganegara Myanmar berjaya ditangkap kerana gagal mematuhi SOP PKPP dengan tidak memakai pelitup muka serta akan didenda di mahkamah di bawah Per 10 PPDPP 2020,

“2 individu warganegara Malaysia pula gagal mematuhi SOP dan diberikan notis untuk hadir siasatan yang dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD),” katanya.

Shariman berkata, melalui pemantauan sepanjang operasi, kebanyakan pengunjung mematuhi SOP PKPP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Terdapat segelintir pengunjung yang ditegur dan diberikan amaran kerana terlupa memakai pelitup muka sewaktu berjalan keluar dari premis makan dan ketika memasuki kawasan orang ramai,

“Ada juga yang ditegur kerana tidak memakai pelitup muka dengan betul,” ujarnya.

Menurutnya lagi, penambahan jumlah pengunjung dan pelancong ke Pulau Langkawi, sebuah balai polis bergerak telah diletakkan secara statik di Pantai Chenang.

Beliau turut menjelaskan, operasi ini akan dilaksanakan dari semasa ke semasa supaya pengunjung dan pelancong mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memastikan tiada penularan wabak COVID-19 di Pulau Langkawi.

“Tindakan lebih tegas akan diambil sekira berlakunya pelanggaran SOP oleh individu-individu mahupun premis-premis yang gagal mematuhi SOP PKPP,” tegasnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply