Home Pertahanan dan Keselamatan 57 PATI ditahan menerusi Op Benteng semalam

57 PATI ditahan menerusi Op Benteng semalam

by Azura Daril

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Seramai 57 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 3 buah kenderaan darat dirampas menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) yang dijalankan diseluruh negeri semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan keselamatan juga telah melaksanakan sebanyak 114 sekatan jalan raya (SJR) di seluruh negara.

“Op Penawar oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sebanyak 43 SJR, Op Benteng PDRM (62) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) sebanyak 9 SJR,

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong tikus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, pasukan Task Force Operasi Pemantauan yang diketuai PDRM turut menahan 456 individu kerana melakukan kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Daripada jumlah tersebut seramai 421 telah dikenakan kompaun manakala 34 direman dan 1 diikat jamin,

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti pusat hiburan (170), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (167), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (67) tidak memakai pelitup muka (45) dan lain-lain (7),” ujarnya.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply