Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
2 PATI Indonesia ambil upah angkat barang dicekup dalam Op Benteng – Air Times News Network
Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 2 PATI Indonesia ambil upah angkat barang dicekup dalam Op Benteng

2 PATI Indonesia ambil upah angkat barang dicekup dalam Op Benteng

by Nurulhuda

TAWAU, 9 Dis – Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 2 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia bersama barangan makanan dan persendirian di Kawasan Serudong, Tawau, semalam.

Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia (Mk 5 Div) dalam kenyataan berkata, tangkapan dibuat di sektor Operasi Benteng (Op Benteng) bawah tanggungjawab Briged Kelima Infantri Malaysia (5 Briged) pada jam 6 petang.

Menurutnya, tangkapan itu dibuat hasil daripada Kumpulan Serkap yang mengesan 3 orang PATI mencurigakan menaiki sebuah perahu kayu (jongkong) yang sarat dengan muatan barangan menghampiri daratan berhampiran Jeti Lama Kalabakan Selatan.

“Setibanya di daratan, 2 orang PATI bertindak melarikan diri ke hutan meninggalkan pengemudi bot namun berjaya ditangkap oleh orang awam dan diserahkan kepada Kumpulan Ronda yang diarahkan mencari,

“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua PATI yang ditahan hanya mempunyai pengenalan diri Indonesia dan masuk ke Malaysia bagi mengambil upah mengangkat barang di Pulau Nunukan,” menurut kenyataan itu.

Kedua-dua PATI yang berusia 17 dan 37 tahun ditangkap bersama Rampasan Barang Bersama Tuan (RBBT) seperti perahu kayu (jongkong), enjin bot, barang-barang makanan dan guni pakaian persendirian.

“Nilai kesemua tangkapan dan barang rampasan dianggarkan mencecah hampir RM 33,053.00. Kedua-dua PATI telah dibawa ke Balai Polis Kalabakan untuk siasatan lanjut,” tambahnya.

Tambah Mk 5 Div, pasukan TDM yang sedang melaksanakan operasi akan meneruskan kawalan di sempadan daratan bagi memastikan Op Benteng dapat diperkukuhkan dari aktiviti PATI dan ancaman anasir-anasir luar. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?