Home Semasa 2 lokaliti di Taman Meru Ipoh dan Kota Belud dikenakan PKPD

2 lokaliti di Taman Meru Ipoh dan Kota Belud dikenakan PKPD

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 18 Nov – 2 lokaliti Taman Meru 2C, Ipoh dan 2 kampung di Kota Belud dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula 20 November hingga 3 Disember depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan Zon B dan Zon C Taman Meru 2C di Ipoh akan melibatkan seramai 2,288 penduduk dan 572 buah rumah di kawasan berkenaan.

Manakala, Kampung Nahaba dan Kampung Tegudon di Kota Belud, Sabah akan melibatkan 1,740 penduduk di kedua-dua lokaliti ini.

Beliau berkata, pelaksanaan PKPD di kawasan ini berikutan berlaku peningkatan kes positif COVID-19 di kawasan berkenaan.

“Sehingga 16 November 2020, sebanyak 938 saringan telah dilaksanakan dan 76 kes positif COVID-19 telah direkodkan di Taman Meru 2C,

“Manakala di Kampung Nahaba dan Kampung Tegudon, sebanyak 36 kes positif COVID-19 telah direkodkan sehingga 17 Novermber,” katanya dalam sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

Ismail berkata, pelaksanaan PKPD ini bagi membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat saringan bersasar terhadap penduduk-penduduk di kawasan tersebut.

“Prosedur operasi standard (SOP) adalah sama seperti PKPD yang telah dilaksanakan sebelum ini,

“Hanya seorang wakil dari setiap rumah dibenarkan keluar dari kawasan PKPD di Sabah dengan kebenaran PDRM khusus untuk mengeluarkan wang dari mesin ATM atau bank dan membeli keperluan asas,

“Pasar juga dibenarkan beroperasi di kawasan PKPD sebanyak 2 kali seminggu dari jam 6.00 pagi sehingga 2.00 petang,” tambahnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply