Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tak sempat menyusup masuk, 11 PATI diusir balik ke Indonesia

Tak sempat menyusup masuk, 11 PATI diusir balik ke Indonesia

by Nurulhuda

SARAWAK, 9 Nov – Cubaan 11 pendatang asing tanpa izin (PAT) warga Indonesia untuk menyusup masuk ke Sarawak secara haram pada lewat malam dan awal pagi tidak berhasil apabila mereka ditahan serta diusir pulang ke negara asal dalam Operasi Benteng (Op Benteng) di sempadan Sarawak dan Kalimantan Barat.

Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) dalam kenyataan berkata, penahanan dan pengusiran kesemua PATI tersebut dibuat oleh anggota pasukan Batalion Sebelas Rejimen Askar Melayu Diraja (11 RAMD) dalam 2 serbuan berasingan pada 7 serta 8 November 2020.

“Dalam kejadian pertama pada 7 November 2020 (Sabtu), sekitar jam 10.10 malam. Sepasukan anggota yang diketuai Sjn Muhammad Harrie Rosli sedang melaksanakan rondaan keselamatan sempadan di Sektor Tebedu telah berjaya mengesan dan menahan 4 PATI sedang berjalan dalam usaha masuk ke Sarawak,

“Setelah ditahan dan diperiksa, PATI tersebut berasal dari Entikong dan ingin ke Kuching untuk berkerja. Kesemua mereka diusir keluar dari Malaysia,” katanya dalam hantaran di laman sosial rasminya.

Manakala, pada 8 November pula, anggota pasukan yang sedang melaksanakan rondaan keselamatan pada jam 2.30 pagi telah mengesan 7 PATI dalam keadaan mencurigakan sedang berjalan melalui satu lorong sawit dan menduduki pondok kecil berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia.

“Setelah ditahan dan diperiksa, PATI warga Indonesia tersebut memasuki Sarawak untuk mencari pekerjaan. Kesemua PATI yang ditahan diusir dari Malaysia,”tambahnya.– airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply