Home Pertahanan dan Keselamatan APMM Johor usir bot nelayan Indonesia

APMM Johor usir bot nelayan Indonesia

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 9 Nov –  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor telah mengusir bot nelayan Indonesia bersama 28 kru yang mencereboh perairan negara.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, bot Benteng APMM Batu Pahat yang sedang melaksanakan Operasi Benteng (Op Benteng) dan Operasi Jaksa telah mengesan sebuah bot yang di percayai milik nelayan Indonesia pada pada jam 5 petang di di kedudukan 14.8 batu nautika barat daya Tanjung Labuh, semalam.

Bot Benteng Maritim merapat ke arah bot nelayan Indonesia tersebut dan mengarahkan berhenti untuk pemeriksaan.

Menurut Nurul Hizam, bot berwarna hijau-biru dengan nombor pendaftaran A/711/KP-PS/001132 itu didapati telah melepasi satu batu nautika daripada garis sempadan perairan Malaysia-Indonesia dan telah diiring serta diusir keluar hingga ke sempadan perairan Indonesia.

“Ini merupakan pengusiran pertama yang dilakukan oleh Maritim Negeri Johor, setelah arahan penahanan ditangguhkan sementara berikutan langkah pencegahan penularan COVID-19 oleh warga asing, katanya dalam hantaran dilaman sosial rasminya.

Beliau berkata, APMM Johor terus komited bagi memastikan perairan dan persempadanan negara tidak di ceroboh oleh mana-mana pihak walaupun cuaca tidak menentu pada hujung tahun.- airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply