Home PolitikBarisan Nasional Hishammuddin ganti Ku Nan jadi Bendahari Agung BN

Hishammuddin ganti Ku Nan jadi Bendahari Agung BN

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilantik menjadi Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) yang baharu.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan berkata, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula akan kekal menjalankan tugas sebagai Bendahari UMNO.

“Selaku Pengerusi BN, setelah berunding dengan presiden parti dalam komponen BN, saya ingin mengumumkan suatu rombakan kecil dalam kepemimpinan BN,

“Rombakan kecil dilakukan dengan mengambil kira beberapa aspek untuk memperkukuhkan struktur organisasi BN,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi UMNO berkata, BN merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Tengku Adnan atas segala jasa dan peranan beliau selaku Bendahari Agung BN.

“Tahniah diucapkan keapda Hishammuddin. Diharapkan beliau dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanah dengan sebaiknya,” tambahnya.

Sementara itu, Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong dalam hantaran di media sosialnya berkata, pelantikan itu merupakan satu amanah yang besar dan harus digalas dengan ikhlas, jujur dan sepenuh hati.

“Saya akan balas kepercayaan ini demi kepentingan BN terutama dalam usaha mengukuhkan kepercayaan rakyat,

“Semoga urusan dalam memikul amanah ini serta setiap usaha BN sentiasa dipermudahkan,” jelasnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?