Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat sumbang RM5,000 kepada mangsa kebakaran rumah di Johor

Tentera Darat sumbang RM5,000 kepada mangsa kebakaran rumah di Johor

by Nurulhuda

JOHOR, 8 Okt – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menyampaikan sumbangan berbentuk hamper dan wang ehsan berjumlah RM5,000 kepada Sarjan Muhammed Amin Awang yang mengalami musibah apabila sebahagian rumahnya terbakar akibat litar pintas.

TDM dalam kenyataan berkata, penyerahan itu telah disampaikan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain dalam siri lawatan kebajikannya bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh anggota dan keluarga tersebut.

Menurut TDM, sebahagian besar harta persendirian Muhammed Amin, peralatan dan barangan peribadi keluarga ini musnah di dalam kebakaran tersebut.

“Muhammed Amin yang bertugas di Rejimen Ke-33 Artileri Diraja (33 RAD), Kem Mahkota, Kluang, Johor kini terpaksa menyewa rumah di Bandar Tenggara, Kota Tinggi, Johor untuk keselesaan keluarganya,”jelasnya.

Dalam lawatan ini juga, Zamrose turut berkesempatan untuk melihat dengan lebih dekat kerosakan dan kemusnahan yang dialami rumah Muhammed Amin ketika insiden kebakaran yang berlaku pada 8 Ogos 20 yang lalu.

“TDM akan sentiasa memberi perhatian serius berkaitan aspek kebajikan anggota dan ahli keluarga agar moral anggota sentiasa dalam keadaan yang terbaik dalam melaksanakan tugas,” tambahnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply