Home Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat hanya di Mukim Klang – Ismail Sabri

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat hanya di Mukim Klang – Ismail Sabri

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menegaskan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor hanya melibatkan mukim Klang.

Menurut beliau, keputusan penetapan lokasi PKPB itu dibuat setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

“Kita sentiasa berhubung dengan kerajaan negeri dan Majlis Keselamatan Negera Selangor untuk melihat dengan lebih terperinci tentang lokaliti PKPB yang akan dilaksanakan kelak,” katanya semasa Sidang Media Khas PKPP yang disiarkan secara langsung di Facebook.

Pada masa yang sama, Ismail Sabri menyatakan kegiatan ekonomi masih boleh dibenarkan tetapi dengan tempoh masa yang terhad.

“Pasar borong, pasar biasa dan pasar tani masih boleh beroperasi tetapi dalam jangka waktu yang terhad. Namun, pasar malam masih tidak dibenarkan beroperasi,

“Kedai makan, warung dan restoran masih boleh dibuka pada waktu yang dibenarkan tetapi hanya untuk perkhidmatan bungkus dan pandu lalu sahaja,” ujarnya.

Beliau menambah, perkhidmatan pengangkutan awam seperti teksi, bas, e-hailing dan komuter masih boleh dibenarkan dari pukul 6 pagi sehingga 12 tengah malam.

Selain itu, operasi Pelabuhan Klang masih dibenarkan untuk berjalan seperti biasa.

Semalam, Menteri Kanan Keselamatan mengumumkan Klang bersama 3 kawasan di Sabah iaitu Sandakan, Papar dan Tuaran akan dikenakan perintah PKPB berkuatkuasa malam ini. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply