Home Semasa 5 kluster baharu dikesan di Kuala Lumpur, Sabah, Labuan dan Sarawak

5 kluster baharu dikesan di Kuala Lumpur, Sabah, Labuan dan Sarawak

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 8 Okt – 5 kluster baharu dikesan membabitkan 2 daerah di Sabah, dan masing-masing 1 di Kuala Lumpur, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 2 kluster yang dikesan di Sabah ialah Kluster 7 Serangkai dan Kluster Tanamera.

Beliau berkata, kes indeks pertama bagi Kluster 7 Serangkai telah dikesan di Tuaran, Sabah iaitu melibatkan kes ke 11,569 yang telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 5 Oktober 2020.

“Sehingga hari ini, 23 individu telah dikesan positif, 302 masih menunggu keputusan,” katanya dalam sidang media khas COVID-19, hari ini.

Bagi Klsuter Tanamera pula, 9 kes telah dikenal pasti positif dalam kluster ini. Manakala seorang individu telah dikesan negatif dan 3 masih menunggu keputusan.

Di Kuala Lumpur pula, Dr Noor Hisham berkata Kluster Jalan Pantai telah dikenal pasti di daerah Lembah Pantai dan sudah menjangkiti 8 individu.

“Kes indeks bagi kluster ini ialah merupakan kes ke 11,265 dan 11,266 yang telah dikesan positif COVID-19 pada 8 Oktober 2020 hasil saringan bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh,

“Sehingga hari ini, seramai 15 individu telah disaring, di mana 8 kes telah dikesan positif COVID-19 dan 7 lagi masih menunggu keputusan saringan,” tambahnya.

Kluster ke-4 pula merupakan Kluster Bah Arnab yang dikesan di daerah Kuching, Sarawak yang sudah menjangkiti 4 individu.

“Manakala 16 individu yang sudah disaring didapati negatif COVID-19,”ujarnya.

Dr Noor Hisham menjelaskan, klsuter ke-5 yang dikesan di Wilayah Persekutuan Labuan adalah Kluster Bah Bangat.

“Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-12377) telah dikesan positif COVID-19 pada 3 Oktober 2020 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah),

“Sehingga kini, 45 individu telah disaring, di mana 9 telah dikesan postif COVID-19, 32 pula disahkan negatif dan 4 indivdiu masih menunggu keputusan ujian saringan,” jelasnya.

Pada masa yang sama, beliau menjelaskan 9 kluster yang masih aktif di negara ini iaitu Kluster Tembok, Kluster Jalan Meru, Kluster Bah Puchong, Kluster Bah Sintok, Kluster Selasih dan Kluster Penjara Reman.

Selain itu, Kluster Ramai-Ramai, Kluster Laut dan Kluster Benteng LD di Sabah turut mencatatkan pertambahan kes pada hari ini. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply