Home Semasa PKPB di Kota Kinabalu, Penampang, Putatan mulai 7 Oktober

PKPB di Kota Kinabalu, Penampang, Putatan mulai 7 Oktober

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan, Sabah berkuatkuasa tengah malam 7 Oktober ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata, keputusan tersebut dibuat adalah bagi membendung jangkitan dan penularan COVID-19 dalam kawasan berkenaan serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan.

“Mesyuarat Khas Menteri-Menteri hari ini mendengar situasi semasa COVID-19 di seluruh negeri Sabah yang dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan Malayais (KKM) dan cadangan-cadangan dari kerajaan Negeri Sabah,

“Pergerakan keluar masuk di ketiga-tiga kawasan PKPB ini adalah tidak dibenarkan,

“Hanya Perkhidmatan Perlu (Essential Service) termasuk kilang-kilang dan rantaian yang berkaitan dalam perkhidmatan perlu adalah dibenarkan. Pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) akan menyenaraikan jenis perkhidmatan perlu yang terlibat di kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa yang sama, Ismail Sabri turut menjelaskan beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan sepanjang pelaksanaan PKPB tersebut.

“Individu dilarang memasuki Sabah kecuali bagi warganegara yang berasal dari Sabah, pemegang Pas-Pas yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Negeri Sabah serta pasangan yang menjalankan Perkhidmatan Perlu,

“Selain itu, perniagaan Bukan Perkhidmatan Perlu (Non Essential Service) perlu ditutup dan perkhidmatan bas ekspres serta bas henti-henti tidak dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaakn tempoh PKPB ini,

“Majikan hendaklah mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja bercuti atau
bekerja dari rumah,” tambahnya.

Beliau turut menegaskan sebarang akkiviti keagamaan, sukan, rekreasi, sosial, dan budaya adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh ini.

Sabah sehingga kini telah mencatatkan sebanyak 2,389 kes positif COVID-19 dan 5 kluster yang masih aktif.  – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply