Home Semasa Op Benteng: 7,389 inidividu ditahan sejak 1 Mei hingga semalam – Ismail Sabri

Op Benteng: 7,389 inidividu ditahan sejak 1 Mei hingga semalam – Ismail Sabri

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Seramai 7,389 individu ditahan dalam Operasi Benteng (Op Benteng) yang melibatkan 6,344 pendatang asing tanpa izin (PATI), 750 tekong dan 295 penyeludup sejak 1 Mei hingga semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 29 PATI dan 2 penyeludup pula telah ditahan dalam Operasi Benteng yang dijalankan diseluruh negeri semalam.

Beliau berkata, operasi bersepadu melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) dan agensi penguatkuasa lain turut berjaya merampas sebuah bot dan 4 kenderaan darat dalam operasi berkenaan.

“Operasi ini adalah untuk mengawal ketat sempadan negara dari dibolosi PATI bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain mengekang penularan wabak COVID-19,” katanya dalam kenyataan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.

Ismail Sabri juga berkata, sebanyak 81 Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Benteng turut dilaksanakan semalam, yang melibatkan PDRM (70 SJR), AKSEM (10 SJR), dan ATM (1 SJR).

Dalam pada itu, pasukan Task Force Pematuhan yang diketuai PDRM telah menahan 82 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP semalam.

“Daripada jumlah itu, seramai 75 individu telah dikompaun, 6 direman dan seoranh dijamin,

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk penjarakan fizikal (46), tidak memakai pelitup muka (23), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (12) serta aktiviti dalam pub/kelab malam (1),” jelasnya. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply