Home PolitikBarisan Nasional Mahdzir Khalid nafi terlibat dalam gerakan tubuh kerajaan baharu

Mahdzir Khalid nafi terlibat dalam gerakan tubuh kerajaan baharu

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 24 Sept – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini menafikan sekeras-kerasnya pernah atau terlibat menyokong gerakan penubuhan kerajaan baharu yang diketuai Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kenyataan ini dibuat bagi menafikan laporan sebuah portal berita dalam talian yang menamakannya antara Ahli Parlimen yang menyokong Anwar.

“Saya, Mahdzir Bin Khalid, Ahli Parlimen Padang Terap dan Naib Presiden UMNO, menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya pernah atau terlibat menyokong gerakan penubuhan kerajaan baharu yang diketuai oleh Ahli Parlimen Port Dickson, seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal berita dalam talian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Port Dickson, Anwar Ibrahim membuat sidang media khas, bahawa beliau telah mendapat majoriti yang kukuh untuk membentuk kerajaan baharu.

Menurut Anwar, dengan sokongan dan majoriti kukuh serta menyakinkan, bermakna pada saat ini kerajaan  pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply