Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Kematian Prebet Abdul Aziz: Tiada unsur jenayah dikesan – Ayob Khan

Kematian Prebet Abdul Aziz: Tiada unsur jenayah dikesan – Ayob Khan

by Nurulhuda

JOHOR BAHRU, 13 Sept – Polis Johor sudah merakamkan keterangan daripada 10 saksi bagi membantu siasatan kes kematian anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang meninggal dunia akibat terjun dari aras 3 bangunan bilik bujang di Kem Majidee, Batu Pahat, pada 29 Ogos lalu.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua mereka yang diambil keterangan terdiri daripada 2 pegawai dan 7 anggota Lain-lain Pangkat (LLP), serta seorang orang awam.

Beliau berkata, berdasarkan laporan awal bedah siasat kematian Prebet Abdul Aziz Aznam, tiada unsur jenayah yang dikesan menjadi punca kematian anggota terbabit, dan kini pihak polis masih menunggu laporan makmal untuk sebarang maklumat lain yang berkaitan.

“Kita sudah ambil keterangan saksi seorang anggota tentera yang nampak (Allahyarham Abdul Aziz) lari dan lompat terjun ke bawah dari tingkat tiga,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, pada Sabtu.

Ayob Khan berkata, siasatan polis mendapati mangsa dipercayai lari daripada tugas selama 218 hari iaitu selepas dia tamat latihan asas ketenteraan di PUSASDA, kemudiannya mengikuti latihan asas komando pasukan Grup Gerak Khas (GGK).

“Mungkin di situ ada isu berkaitan dengan daya tahan untuk melalui kursus-kursus yang lasak, mungkin tekanan psikologi, memang latihan pasukan khas ini agak lasak,” tambahnya.

Pada 29 Ogos lalu, Prebet Abdul Aziz Aznam mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan selepas dipercayai cuba membunuh diri terjun dari tingkat tiga bangunan Bilik Bujang, Kem Majidee, Batu Pahat.

Artikel Berkaitan : Anggota tentera mati terjun bangunan 

Mangsa yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat, Johor bagaimanapun menghembus nafas terakhir pada pukul 2.30 petang, 6 September lalu. –airtimes.my

Artikel Berkaitan :Askar Melayu terjun bangunan: Tiada unsur jenayah dan buli

Related Articles

Leave a Reply