Home Semasa 27 pelajar antara 59 individu ditahan sertai parti liar

27 pelajar antara 59 individu ditahan sertai parti liar

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Seramai 59 individu termasuk 27 orang pelajar dan remaja bawah umur ditahan ketika menghadiri parti liar di sebuah kondominium mewah di Jalan Sultan Ismail, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah dalam kenyataan berkata, mereka ditahan dalam serbuan yang telah dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur dan Dang Wang.

Beliau berkata, pihak polis berjaya menahan seramai 44 lelaki dan 15 perempuan yang berusia dalam lingkungan 14 hingga 23 tahun.

“Seramai 44 lelaki dan 15 perempuan ditahan (dalam serbuan itu) dan 27 daripada mereka di bawah umur,

“Hasil pemeriksaan ke atas 2 orang lelaki menemui 31 pil ekstasi,”katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Fahmi berkata, 16 orang termasuk 2 orang pelajar kolej dan seorang pelajar sekolah didapati positif dadah.

“Kesemua individu yang ditahan itu, direman 4 hari bermula semalam hingga 15 September bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Mereka juga masing-masing telah dikompaun RM1,000 di bawah Peraturan 3 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan),” tambahnya. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply