Home Semasa PDRM tahan 131 individu atas kesalahan ingkar PKP

PDRM tahan 131 individu atas kesalahan ingkar PKP

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 131 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu seramai 17 individu direman, 2 orang dijamin manakala 121 individu dikenakan kompaun.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup muka (31 kesalahan), gagal menyediakan peralatan/catitan keluar masuk (20), langgar perintah kuarantin (2), premis beroperasi lebih masa (4), premis beroperasi tanpa lesen perniagaan (1), dan aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal (73),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambahnya, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM juga telah membuat 60,340 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata Operasi Sanitasi Awam di bawah kawal selia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak 30 Mac 2020 telah melakukan 9,849 operasi sanitasi merangkumi 134 zon.

“Sebanyak 12,965 premis telah disanitasi, terdiri daripada 2,706 pusat perniagaan, 5,703 bangunan kerajaan, 1,596 kawasan perumahan termasuk PPR, 2,606 tempat awam dan 354 pasar raya,

“Semalam (5 Sept 2020), sebanyak 11 operasi sanitasi meliputi 8 zon iaitu 3 Zon Kuning dan 5 Zon Hijau yang melibatkan 6 buah negeri antaranya Pulau Pinanag (4 operasi), Sabah (3), Selangor (1), Sarawak (1) dan Kedah (1),” katanya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply