if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan Keselamatan 4 tekong dan 67 PATI ditahan dalam Op Benteng

4 tekong dan 67 PATI ditahan dalam Op Benteng

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Seramai 4 tekong dan 67 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi 18 tangkapan Operasi Benteng (Op Benteng) di bawah National Task Force (NTF) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, operasi turut membuat rampasan melibatkan 1 bot dan 4 kenderaan darat.

Manakala sebanyak 79 sekatan jalan raya (SJR) Op Benteng dilaksanakan semalam yang melibatkan PDRM (65 SJR), AKSEM (10 SJR), dan ATM (4 SJR).

Ismail Sabri berkata, Op Benteng di bawah NTF ini melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM).

“Operasi bersepadu ini bagi mengawal ketat sempadan negara daripada dibolosi PATI bagi mengekang jenayah rentas sempadan, selain menyekat penularan wabak COVID 19,

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong tikus,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply