Home Semasa Ti Lian Ker, Abdul Aziz Mat Kiram bincang cuba bantu peneroka haram

Ti Lian Ker, Abdul Aziz Mat Kiram bincang cuba bantu peneroka haram

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 7 Sept – Timbalan Menteri Perpaduan, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker telah mengadakan perbincangan dengan peneroka tanah di Raub berhubung isu status ladang mereka, hari ini.

Menurut beliau, pertemuan ini diadakan bagi mencari penyelesaian dengan memahami proses yang dicadangkan oleh kerajaan negeri Pahang berkaitan dengan isu pencerobohan tanah kerajaan di Raub.

Pertemuan itu turut dihadiri oleh Exco Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Datuk Abdul Aziz Mat Kiram.

“Kami bersama-sama denganAbdul Aziz cuba mencari penyelesaian dengan memahami proses ‘pemutihan’ cadangan kerajaan negeri,

“Proses ini turut memberi pertimbangan kepada sosio-ekonomi dan perundangan melalui perspektif yang sihat, secara hemah serta positif,” kata Lian Ker dalam satu hantaran di akaun media sosial rasminya.

Beliau menegaskan, pertemuan itu adalah perlu bagi menggelakkan eksploitasi oleh pihak DAP terhadap peneroka melalui naratif perkauman. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply