Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat ATM berkas 11 PATI Myanmar cuba pulang ke negara asal

ATM berkas 11 PATI Myanmar cuba pulang ke negara asal

by Nurulhuda

KEDAH, 29 Ogos – Tindakan 11 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga negara Myanmar yang ingin pulang ke negara asal gagal selepas mereka diberkas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), semalam.

Penahanan yang dilakukan di 2 lokasi yang berbeza sekitar kawasan Bukit Kayu Hitam, Kuala Perlis itu, turut berjaya menumukan 1,200 kilogram daun ketum dan dadah.

Markas Briged Keenam Infantri Malaysia (MK 6 Briged) dalam kenyataan berkata, kesemua mereka dipercayai bekerja di Pahang dan Kedah ingin pulang ke Myanmar akibat ketiadaan peluang pekerjaan berikutan wabak pandemik COVID-19.

Operasi yang dikoordinasi oleh MK 6 Briged dengan turut medapat kerjasama agensi keselamatan terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) itu berjaya menggagalkan usaha Jenayah Rentas Sempadan (JRS) membabitkan lintas sempadan dan penyeludupan ketum.

“Bertindak di atas maklumat perisikan dan gerakan agensi perisikan dan orang awam berjaya membuat tangkapan ke atas 11 orang PATI Myanmar di Bukit Kayu Hitam di 2 lokasi berbeza,

“Pihak AKSEM dan PGA juga berjaya membuat rampasan daun ketum sejumlah 1,200 kg serta dadah daripada pelbagai jenis bagi kegunaan sendiri,” menurut kenyataan itu.

Barang rampasan itu dipercayai diedarkan kepada penduduk setempat di sekitar Kuala Perlis dan Padang Besar, Kedah.

“Penggunaan dadah oleh tekong ketum menimbulkan sikap berani sindiket itu ketika berhadapan dengan pasukan keselamatan di perbatasan,

“Tindakan agresif tekong berkenaan yang cuba melarikan diri ketika ditahan berjaya ditumpaskan dengan ketangkasan pasukan keselamatan,” tambahnya.

Selain itu, 2 motosikal dan sebuah kenderaan pacuan 4 roda Mitsubishi Triton turut dirampas ketika tangkapan dilakukan.

“Semua nombor pendaftaran kenderaan adalah nombor pendaftaran Malaysia dan terdapat kenderaan disembunyikan nombor pendaftarannya bagi mengelakkan diri dikesan,

“Kesemua PATI dan hasil rampasan telah diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam, Kuala Perlis dan Pdang Besar,” katanya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply