Home Semasa COVID-19: 12 kes baharu, 7 libatkan kluster Tawar 

COVID-19: 12 kes baharu, 7 libatkan kluster Tawar 

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 12 lagi kes baru jangkitan COVID-19 direkodkan setakat tengah hari tadi, menjadikan jumlah kes keseluruhan positif wabak pandemik itu di Malaysia adalah sebanyak 9,212 kes.

Ketua Pengarah kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 12 kes baharu yang dilaporkan,10 kes membabitkan penularan dalam negara dan 2 kes import.

“Daripada 10 kes penularan dalam negara, 7 adalah daripada kluster Tawar iaitu 4 telah dikesan di Kedah manakala 3 kes dikesan di Pulau Pinang,

“Manakala 2 lagi kes adalah melibatkan kluster daripada kluster Sala di Kedah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau turut mengesahkan, 1 lagi kes penularan tempatan membabitkan kes saringan bergejala di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat 8 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 2 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini,

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes,” tambahnya.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply