Home Semasa Jumlah kes jangkitan COVID-19 global lepasi paras 20 juta

Jumlah kes jangkitan COVID-19 global lepasi paras 20 juta

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Jumlah kes jangkitan wabak COVID-19 di seluruh telah melepasi paras angka 20 juta.

Data yang dipaparkan Johns Hopkins University pada pukul 12 tengah hari waktu Malaysia menunjukkan bilangan kes global adalah pada 20,020,679 kes.

Statistik turut menunjukkan angka kematian adalah pada 734,755 orang di seluruh dunia.

Terdahulu, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menyuarakan kebimbangan beliau bahawa angka jangkitan akibat wabak COVID-19 yang kian meningkat.

Beliau turut menegaskan masyarakat dunia masih mampu untuk bertindak bagi menggurangkan kesan negatif akibat wabak itu.

“Kerjasama antara pemimpin dan masyarakat adalah kunci utama bagi menangani penularan wabak ini,” katanya semasa sidang media COVID-19, semalam. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply