Home Semasa Harga topeng pelitup muka 3 lapis turun kepada RM1.00 sekeping

Harga topeng pelitup muka 3 lapis turun kepada RM1.00 sekeping

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi hari ini mengumumkan kerajaan akan menurunkan harga siling topeng pelitup muka 3 lapis (3-ply mask) kepada RM 1.00 pada peringkat runcit.

“Harga pelitup muka akan diturunkan kepada RM 1.00 pada peringkat runcit dan RM0.95 di peringkat pemborong,

“Ini adalah berdasarkan kedudukan bekalan pelitup muka di pasaran,” kata Menteri ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat berdasarkan keadaan semasa kos seunit topeng muka yang dikeluarkan di kilang.

“Pada ketika ini, bekalan pelitup muka adalah mencukupi dan harga jualan oleh pengilang semakin menurun dari harga maksimum yang telah ditetapkan,” jelasnya lagi.

Selain itu, Alexander menyatakan penurunan harga tersebut dilakukan dengan cara ‘soft landing approach’ bagi mengurangkan kesan kerugian kepada pengimport.

“Usaha ini diharap dapat membantu para ibu bapa untuk menyediakan topeng muka untuk anak-anak mereka bersekolah,

“Selain itu, ianya akan memudahkan orang ramai untuk membeli topeng muka,” katanya.

Terdahulu, KPDNHEP telah menetapkan harga siling topeng muka adalah RM 1.20 seunit yang akan berkuatkuasa mulai 15 Ogos 2020. – airtimes.my

Related Articles

1 comment

Ar Razie 13 August 2020 - 10:59 am

Face mask/Topeng Muka Anti Virus 3 Layer termurah (RM0.20/pc = RM9.90/50 pcs) boleh dapat di
https://t.finonline.shop/16XIB6 While stock. Last

Reply

Leave a Reply