Home Semasa COVID-19: 127 individu ditahan ingkar arahan PKP

COVID-19: 127 individu ditahan ingkar arahan PKP

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Seramai 127 lagi individu ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 8 individu telah direman manakala 119 lagi pula dikenakan kompaun.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti yang tidak mengikut prosedur Operasi Standard (SOP) dan aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakkan sosial,” katanya dalam kenyataan, hari inii.

Ismail Sabri berkata, Task Force Pematuhan yang diketuai PDRM juga telah membuat 64,656 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Selain itu, seorang warga asing telah ditahan dalam Operasi Benteng yang diadakan oleh pihak berkuasa dalam usaha mengawal ketat sempadan negara daripada dibolosi pendatang asing tanpa izin (PATI) bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak koronavirus (COVID-19).

“Dalam operasi itu juga, sebanyak 63 Sekatan Jalan Raya (SJR) telah diadakan dan 31,707 kenderaan diperiksa bagi menghalang kemasukan PATI terutamanya di lorong-lorong tikus.

Dalam masa yang sama, beliau berkata, PDRM telah melakukan 1,969 pemeriksaan terhadap individu yang sedang menjalankan kuarantin wajib (home quarantine) di kediaman masing-masing.

“PDRM juga telah mengambil tindakan terhadap 5 individu kerana gagal mematuhi SOP home quarantine yang ditetapkan,” tambah kenyataan itu. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply