if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan Keselamatan Tiada anggota MALBATT terlibat dalam letupan di Beirut – Affendi

Tiada anggota MALBATT terlibat dalam letupan di Beirut – Affendi

by Nor Azlan Mohd Nor

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Tiada anggota pasukan misi pengaman Batalion Malaysia (MALBATT 850-7) di Lubnan yang terlibat dalam tragedi letupan di Beirut pada petang Selasa.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM telah mengesahkan perkara itu dengan menyatakan tiada anggota MALBATT berada berhampiran Pelabuhan Beirut.

“Buat ketika ini kita (ATM) masih belum menerima maklumat terperinci dan masih menganggap ianya sebagai pergolakkan domestik.

“ATM sentiasa mengikuti segala perkembangan terkini, jika ada sesuatu yang mungkin membahayakan anggota MALBATT, kita akan ambil tindakan lanjut,” katanya.

Terdahulu pihak pihak Pasukan Tentera Sementara PBB di Lubnan (United Nations Interim Force in Lebanon, UNIFIL) melaporkan sebuah kapal milik mereka telah rosak akibat letupan tersebut. Selain daripada itu, beberapa orang anggota pengaman dilaporkan cedera dan ada diantaranya parah.

Namun begitu, pihak UNIFIL tidak menyatakan bilangan dan negara anggota yang cedera. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply