if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Kerajaan Malaysia tolak tuntutan perairan oleh China

Kerajaan Malaysia tolak tuntutan perairan oleh China

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Kerajaan Malaysia bertegas China tidak mempunyai hak dari segi sejarah mahupun kuasa untuk menuntut kawasan perairan Laut China Selatan.

Perkara tersebut ditegaskan dalam surat oleh Perwakilan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada akhir Julai lalu.

“Kerajaan Malaysia menolak tuntutan China dari segi hak sejarah, hak kedaulatan atau kuasa terhadap Laut China Selatan melalui tuntutan 9-Dash Line,

“Tuntutan tersebut adalah bertentangan serta tidak mematuhi Kovensyen Antarabangsa,” kata Perwakilan Malaysia mewakili pihak kerajaan dalam surat tersebut.

Dalam kenyataan yang sama, kerajaan Malaysia bertegas untuk meneruskan tuntutan negara di perairan Laut China Selatan yang dibuat pada akhir tahun lalu.

Pada 12 Disember lalu, Malaysia telah menghantar notis tuntutan kawasan pelantar benua melangkau jarak 200 nautika dari darat kepada Jawatankuasa Mengenai Had Pelantar Benua (CLCS).

“Kami memohon pihak CLCS untuk mempertimbangkan tuntutan Malaysia yang dibuat pada Disember lalu,

“Tuntutan yang dibuat adalah selaras dengan  Konvensyen Undang-undang Laut 1982 (UNCLOS) dan prosedur yang ditetap oleh CLCS,” tegas kenyataan itu.

Related Articles

Leave a Reply