Home Semasa Kuarantin wajib di stesen khas bermula hari ini

Kuarantin wajib di stesen khas bermula hari ini

by Nor Azlan Mohd Nor

PUTRAJAYA,25 Julai – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan rakyat Malaysia yang baharu pulang dari luar negara akan dihantar ke stesen kuarantin khas mulai hari ini.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, tempoh kuarantin yang dikenakan adalah 14 hari.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan seramai 1,244 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air, semalam.

“Seorang daripada mereka telah di bawa ke hospital sementara yang lain akan menjalani proses kuarantin wajib di kediaman mereka (home quarantine),” katanya.

Pada masa yang sama, beliau turut menyatakan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat saringan ke atas 24,701 individu dan 24,621 individu didapati negatif COVID-19.

“Mereka sedang sedang menjalankan proses kuarantin wajib di kediaman masing-masing,” ujarnya – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply