Home Semasa 160 negara bersatu di bawah Universiti Lim Kok Wing

160 negara bersatu di bawah Universiti Lim Kok Wing

by Admin

Universiti Teknologi Kreatif Lim Kokwing (LUCT) kini terus maju sebagai salah sebuah institusi pendidikan tinggi swasta di Malaysia. Sehingga kini LUCT telah membuka cawangan di luar negara termasuk di benua Afrika.

Sejak ditubuhkan 20 tahun lalu, LUCT yang telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan membanggakan turut mempunyai cawangan di London.

Lebih membanggakan, terdapat beberapa lagi kampus di beberapa negara di Amerika Selatan, Asia Tengah dan Afrika kini dalam peringkat cadangan untuk dibuka sebagai sebahagian daripada perancangan masa hadapan.

Pada tahun 2002 institut ini menjadi kolej swasta pertama yang diiktiraf sebagai Kolej Universiti. Dimana ia menempatkan hampir 40 kelab yang mewakili pelajar dari negara-negara seperti Pakistan, Botswana, China, Indonesia, India, Iran dan Sri Lanka. Aktiviti pelajar yang aktif dalam sukan, budaya dan keagamaan menjadikan LUCT satu keluarga yang harmoni dan unik.

LUCT yang dinamakan sempena nama pengasasnya, Tan Sri Professor Lim Kok Wing kini mempunyai 30,000 pelajar dari lebih 160 negara.

LUCT di Cyberjaya yang menempatkan kira-kira 9,500 pelajar, kira-kira 80 peratus daripadanya adalah pelajar antarabangsa turut mendapat peniktirafan daripada Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), selain Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), Negara-Negara Komanwel (Komanwel). – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply