Home Semasa Malaysia berjaya bendung COVID-19, fasa pemulihan kini bermula

Malaysia berjaya bendung COVID-19, fasa pemulihan kini bermula

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 7 Jun – Kerajaan memutuskan untuk menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berikutan kadar jangkitan wabak pandemik COVID-19 yang melibatkan rakyat tempatan semakin berkurangan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sejak pelaksanaan PKP dan PKPB, kadar jangkitan wabak berkenaan di negara telah menunjukkan trend penurunan.

“Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan kebanyakan kes yang dicatatkan sejak kebelakangan ini melibatkan kes import dan kes Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di depot tahanan imigresen,

“Tindakan pantas para petugas barisan hadapan telah berjaya membendung penularan COVID-19 dalam kalangan tahanan di depot imigeren dan keadaan pada masa ini adalah terkawal,” kata Muhyiddin dalam Perutusan Khas berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan, hari ini.

Pada masa yang sama, beliau menjelaskan kapasiti perubatan dan kesihatan awam negara berada pada tahap yang lebih baik dan menyakinkan.

“Ini menunjukkan Malaysia telah berjaya membendung penularan COVID-19 dengan berkesan dan kini sedang memasuki fasa pemulihan,

“Syabas kepada para petugas barisan hadapan dan orang ramai yang telah menyumbang kepada kejayaan membendung wabak COVID-19,” jelasnya.-airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply