Home Semasa Dah boleh balik kampung!

Dah boleh balik kampung!

by M.Daim

PUTRAJAYA, 7 Jun – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan perjalanan rentas negeri akan dibenarkan mulai 10 Jun ini.

Kebenaran tersebut dibuat setelah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat  (PKPB) digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan mulai Rabu ini.

Namun, kebenaran untuk merentas negeri dikecualikan kepada kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Bagi mereka yang ingin menziarahi ibubapa yang tinggal berjauhan di negeri lain, bolehlah berbuat demikian,

“Cuma nasihat saya sentiasalah jaga kebersihan diri, pakai pelitup muka apabila berada di tempat awam dan elakkan tempat yang sesak semasa pulang ke kampung,” kata Perdana Menteri semasa perutusan khas, hari ini.

Beliau turut menegaskan masyarakat perlu bertanggungjawab dalam menggurangkan risiko jangkitan COVID-19 di kalangan warga emas.

“Ingat, jika ibu bapa anda adalah warga emas, mereka berada dalam kategori orang yang mudah terdedah kepada jangkitan,

“Jadi, walaupun kita seronok dapat menziarahi mereka, tanggungjawab utama kita ialah untuk melindungi mereka daripada terkena jangkitan,” ujarnya. – AirTimes.my

Related Articles

Leave a Reply