Home Semasa Abdul Latif dilantik Ketua Pengarah Kastam baharu berkuatkuasa hari ini

Abdul Latif dilantik Ketua Pengarah Kastam baharu berkuatkuasa hari ini

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 5 Jun – Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Abdul Latif Abdul Kadir dilantik sebagai Ketua Pengarah Kastam baharu berkuatkuasa hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Seri Paddy Abd Halim yang telah menamatkan tempoh perkhidmatannya pada 13 April lalu.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan berkata, Abdul Latif mempuntai pengalam luas dalam pelbagai bidang penguatkuasaan, pengurusan pematuhan, perkastaman dan percukaian.

“Abdul Latif, 57 tahun berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya, Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) dari Universiti Putra Malaysia,

“Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam sejak tahun 1985 dengan jawatan pertama yang disandang sebagai Penguasa Kastam, di Ibu Pejabat Jabatan Kastam Malaysia (JKDM),” katanya dalam kenyataan itu.

Mohd Zuki juga percaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki oleh Abdul Latif akan membolehkan beliau meneruskan aspirasi JKDM ke arah pentadbiran Kastam bertaraf dunia.

Dalam pada itu, Mohd Zuki bagi pihak kerajaan turut merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Paddy atas jasa dan khidmat bakti beliau kepada negara sebagai penjawat awam selama 37 tahun. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply