Home Pertahanan dan Keselamatan Dah masuk 16 kali halau PATI keluar dari Sabah

Dah masuk 16 kali halau PATI keluar dari Sabah

by Nurulhuda

Tawau, 5 Jun – Seramai 82 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia diusir ke negara asal hari ini.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, Sharifah Siti Saleha Haibib Yussof berkata, penghantaran melalui jalan laut dari Pelabuhan Tawau ke Nunukan, Indonesia ini merupakan pengusiran ke-16 pada tahun 2020 melibatkan PATI Filipina dan Indonesia.

Menurut beliau, ini menjadikan jumlah keseluruhan pengusiran PATI sepanjang tahun adalah seramai 3,753 orang termasuk PATI warganegara India, China, Pakistan dan Vietnam yang telah diusir melalui udara, diuruskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah.

“Jumlah pengusiran sejak tahun 1990 sehingga kini pula adalah seramai 594,920 orang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, proses pengahantaran pulang PATI ini diselaraskan oleh MKN Sabah dengan kerjasama JIM Sabah dan dibantu Jabatan Kesihatan Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pelbagai agensi yang lain.

Syarifah menambah, tindakan pengusiran ini dibuat selari dengan situasi semasa dan keputusan kerajaan, sebelum diusir pulang semua tahanan perlu menjalani ujian saringan COVID-19 serta mengamalkan penjagaan kebersihan sepanjang proses pengusiran berlangsung.

“Kerajaan Malaysia mengharapkan kerjasama negara-negara jiran agar tahanan lain juga diterima oleh negara asal mereka terutamanya tahanan warganegara Filipina yang berada di semua Pusat Tahanan Sementara,

“Tindakan penguatkuasaan terhadap PATI tetap diteruskan walaupun negara berhadapan dengan ancaman wabak COVID-19. Tindakan ini adalah selari dengan usaha kerajaan dalam membenteras kehadiran PATI di negeri Sabah,

“Kerjasama masyarakat adalah penting terutamanya majikan agar tidak melindungi dan mengaji PATI demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan negeri Sabah,”tambahnya.

 

Related Articles

Leave a Reply