Home SemasaGlobal NASA dan SpaceX buka lembaran baharu sejarah teknologi angkasa lepas

NASA dan SpaceX buka lembaran baharu sejarah teknologi angkasa lepas

by M.Daim

FLORIDA, 31 Mei – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) dan syarikat SpaceX telah mencatat sejarah baharu dalam dunia angkasa lepas apabila berjaya melancarkan roket Falcon9 yang membawa angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Pelancaran berjaya dilakukan pada 3.22 pagi waktu Malaysia di Pusat Angkasa Kennedy, hari ini.

Roket berjaya dilancarkan walaupun pada mulanya diancam oleh faktor cuaca seperti mana yang telah berlaku pada 27 Mei lalu.

Dua angkasawan, Bob Behnken dan Doug Hurley telah ditempatkan dalam kapsul Dragon yang direka khusus untuk misi yang dikenali sebagai Demo-2.

Bob Behnken (kiri) dan Doug Hurley dijangka akan tiba di Stesen Angkasa Antarabangsa pada 10.30 malam ini waktu Malaysia.

Kejayaan ini sekaligus membuka lembaran baharu akan penggunaan roket guna semula untuk melakukan penerbangan ke angkasa lepas dengan membawa angkasawan. Selain itu, kejayaan ini juga akan mengurangkan kos perbelanjaan misi ke angkasa lepas.

Kapsul Dragon dijangka akan tiba ke ISS 10.30 malam ini pada waktu Malaysia.

Kali terakhir Amerika Syarikat melakukan pelancaran roket membawa angkasawan adalah pada 9 tahun lalu sebelum menamatkan perkhidmatan Space Shuttle.

 

Related Articles

Leave a Reply