Home Semasa COVID-19: 39 kes jangkitan baharu libatkan 30 warga asing

COVID-19: 39 kes jangkitan baharu libatkan 30 warga asing

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 7 Mei – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 39 kes baharu jangkitan wabak pandemik COVID-19 yang dilaporkan setakat tengah hari ini.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kumulatif positif wabak berkenaan di negara adalah sebanyak 6,467 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan daripada 39 jumlah itu, 38 adalah kes daripada penularan tempatan dan 1 kes import.

“Sebanyak 8 kes baharu telah dikesan dari kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),

“Daripada jumlah kes baru itu, 30 daripadanya melibatkan warga asing,” kata Dr Noor Hisham di sidang media hariannya di Putrajaya, hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau turut menjelaskan terdapat satu kluster baharu yang membabitkan pengawal di sebuah pusat beli-belah di Cheras, Kuala Lumpur yang kini sudah menjangkiti 10 individu.

“Daripada jumlah berkenaan sebanyak sembilan individu dalam kalangan warga Nepal dan seorang warga Malaysia,

“Semua kes warga Nepal dalam kluster berkenaan tinggal di kediaman yang sama di Cheras,” tambahnya lagi.

Beliau turut menjelaskan, tiada kematian terbaharu akibat Covid-19 di negara ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 107 kes,

Mengulas lanjut mengenai kes COVID-19, Dr Noor Hisham berkata, terdapat 19 kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan lapan kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut beliau lagi, sebanyak 74 kes yang telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj pada Khamis.

“Ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dan telah discaj adalah sebanyak 4,776 kes,” kata Dr Noor Hisham. – AirTimes

 

 

Related Articles

Leave a Reply