Home Semasa Lesen memandu UNHCR tidak sah digunakan di Malaysia

Lesen memandu UNHCR tidak sah digunakan di Malaysia

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menegaskan bahawa lesen memandu Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) yang digunakan oleh pemegang kad tersebut adalah tidak sah digunakan untuk memandu apa jua jenis kenderaan bermotor di Malaysia.

Ibu Pejabat JPJ dalam satu kenyataan semalam berkata, ini adalah selaras dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Selain itu, berdasarkan petikan kenyataan media Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertarikh 30 April lalu bahawa pemegang kad UNHCR tidak mempunyai sebarang status, hak dan asas untuk mengemukakan sebarang tuntutan kepada kerajaan Malaysia,

“JPJ sentiasa komited memastikan kedaulatan undang-undang sentiasa terpelihara dan tidak sesekali berkompromi terhadap apa jua pelanggaran peraturan jalan raya yang telah ditetapkan,” katanya. – AirTimes

 

 

Related Articles

Leave a Reply