Home Politik ‘Saya jadi barua saja’ – Norhizam

‘Saya jadi barua saja’ – Norhizam

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee berkata beliau telah berkerja keras untuk berkhidmat kepada rakyat.

Beliau merupakan ADUN dari DAP yang menyokong dengan pembentukan kerajaan baharu di bawah Perikatan Nasional.

“Saya bertindak demi kepentingan orang Melayu, yang mana hari ini saya telah berkerja keras bertungkus lumus, mereka kata hendak berkhidmat, tapi saya tengok nak bermaruah, tapi saya tengok saya jadi barua saja,

“Bila hati dan jiwa raga saya serahkan, ini yang berlaku, saya kecewa, jadi saya balik ke pangkuan. Saya harap barisan kepemimpinan kerajaan baru tak kecewakan rakyat,” katanya.

Sebelum itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam satu sidang media mengumumkan kerajaan PH Melaka sudah tumbang setelah Barisan Nasional (BN) telah mendapat sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN).

 

Related Articles

Leave a Reply