Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Sekatan perjalanan akan diperluaskan terhadap wilayah lain di China – Air Times News Network
Home Semasa Sekatan perjalanan akan diperluaskan terhadap wilayah lain di China

Sekatan perjalanan akan diperluaskan terhadap wilayah lain di China

by M.Daim

PUTRAJAYA, 7 Feb – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan perluasan pelaksanaan sekatan perjalanan terhadap pelawat selain dari Hubei dan Wuhan akan dilakukan sekiranya terdapat wilayah baharu ditutup oleh Beijing.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan mengambil tindakan sekatan perjalanan sebaik sahaja kerajaan China mengisytiharkan sesebuah wilayah ditutup.

“Sekatan perjalanan yang kini dikenakan ke atas pelawat dari Wilayah Hubei dan Wuhan akan diperluaskan meliputi wilayah-wilayah lain yang ditutup oleh kerajaan China,” katanya.

Selain itu, beliau turut menegaskan kawalan sempadan negara akan diperketatkan lagi dengan menambah bilangan mesin pengimbas haba (thermal scanner) dan makmal untuk mempercepatkan keputusan sampel.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Perdana Menteri menyatakan penganjuran program atau aktiviti rasmi di tempat awam masih boleh diteruskan kecuali pihak penganjur mengambil keputusan untuk membatalkan acara.

 

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?