Home SemasaKoronavirus: “Tolong dengar suara rakyat” – TMJ

Koronavirus: “Tolong dengar suara rakyat” – TMJ

by Air Times News Network
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesa kerajaan Pakatan Harapan untuk mendengar rintihan rakyat berhubung penularan wabak 2019 novel Coronavirus (2019-nCOV) di negara ini.

Baginda menyuarakan teguran terhadap pihak kerajaan melalui beberapa hantaran di media sosial rasmi baginda.

Dalam satu ciapan di Twitter, Tunku Ismail menggesa kerajaan untuk mendengar suara rakyat dan tidak perlu menunggu sehingga keadaan bertambah buruk.

“Tak akan nak tunggu (keadaan) menjadi kritikal baru nak bertindak. At least try to do 1 correct thing. Only 1. Dengar suara rakyat,” katanya.

Ciapan twitter Tunku Ismail menggesa kerajaan untuk mendengar suara rakyat dan tidak perlu menunggu sehingga keadaan bertambah buruk

Baginda memberi maklum balas sedemikian rupa selepas pengguna Twitter meminta Tunku Ismail untuk berbuat sesuatu mengenai wabak tersebut terutamanya tiada keputusan oleh kerajaan bagi melarang masuk pelancong warga China bagi menghalang penularan 2019-nCOV.

“Apa yang saya kata dua tahun lalu? Satu demi satu isu. Ekonomi, agama, ketegangan kaum, dasar yang tidak stabil dan tidak konsisten, kos sara hidup meningkat dan sekarang penjagaan kesihatan,

“Dulu apabila bersuara, digesa oleh rakyat jangan masuk campur hal pentadbiran kerajaan dan politik. Sekarang?” titah baginda.

Pada masa yang sama, Tunku Ismail bertitah bahawa baginda melakukan apa sahaja yang mampu untuk rakyat dan keluarga mereka.

“Demi anda semua, saya Ismail Ibrahim akan lakukan apa sahaja yang saya mampu untuk anda dan keluarga anda semua kerana itu adalah sumpah saya ketika saya ditabalkan menjadi Tunku Mahkota Johor (di Istana Besar Johor Bahru pada 12 Safar 1431H),

Demi anda semua, saya Ismail Ibrahim akan lakukan apa sahaja yang saya mampu untuk anda dan keluarga anda semua kerana itu adalah sumpah saya ketika saya ditabalkan menjadi Tunku Mahkota Johor

“Kepada Allah Kami Berserah. Semoga Allah S.W.T berkati kita semua,” titah baginda akaun Facebook rasminya.

Tunku Ismail mengingatkan kepada semua sepanjang dua tahun ini, banyak aduan telah disampai kepadanya berkenaan isu pentadbiran, agama, perkauman, ekonomi dan baru-baru ini mengenai kesihatan,

“Ramai yang meminta saya untuk bersuara dan melakukan sesuatu berkenaan isu virus dari China yang sedang merebak di negara kita,

“Saya ingin memberitahu serta mengingatkan kepada anda semua sepanjang dua tahun ini, setiap hari banyak aduan disampaikan kepada saya berkenaan isu pentadbiran, agama, perkauman, ekonomi dan baru-baru ini mengenai kesihatan,” titah Tunku Ismail.

Semalam Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata wabak koronavirus di Malaysia belum memasuki tahap serius dan pihak kerajaan belum merancang untuk melarang kemasukan pelancong dari Wuhan, China ke negara ini.

 

 

Related Articles

Leave a Reply