Home Semasa 49 rakyat Malaysia masih berada di Wuhan

49 rakyat Malaysia masih berada di Wuhan

by M.Daim

PUTRAJAYA, 27 Jan – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan terdapat 49 rakyat Malaysia masih berada di Wuhan, China.

“Kebanyakan daripada mereka (49 orang) adalah terdiri daripada golongan mahasiswa dan profesional,” kata Wan Azizah semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan wabak 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) di pejabatnya, semalam.

Beliau menambah, belum ada keperluan untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari wilayah yang terjejas.

Dalam perkembangan lain, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan pihak kedutaan dan pejabat konsulat di China sentiasa berhubung dengan rakyat Malaysia yang masih berada di Wuhan.

“Kita mempunyai Kedutaan Malaysia di Beijing dan Konsulat Jeneral di Xi’an China sentiasa berhubung 49 rakyat Malaysia di Wuhan bagi mendapatkan perkembangan mereka,” kata Saifuddin.

Beliau menambah, belum ada keperluan untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan.

“Buat masa ini kita bergantung kepada tahap kritikal keadaan, jadi buat masa ini belum ada cadangan (membawa pulang) rakyat Malaysia,” katanya.

 

Related Articles

Leave a Reply